Perkhidmatan Quick Parcel di Kampus Kesihatan
Muat turun maklumat mengenai Quick Parcel
Quick Parcel dengan kerjasama Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) menyediakan perkhidmatan pengeposan, penerimaan dan pengambilan barang untuk warga USM, Kampus Kesihatan bagi menyelesaikan masalah lambakan barangan peribadi di Kampus Kesihatan.
Keterangan lanjut boleh dimuat turun melalui link di atas. Sebarang pertanyaan hubungi hotline kami di talian : +60 111193 4335 (En.Fauzi)
Kemudahan Touch 'n Go eWallet Kini Di Premis-premis COOPUSMA!
Berita baik buat semua warga COOPUSMA! Perkhidmatan pembayaran secara digital menggunakan Touch 'n Go eWallet kini boleh dilakukan di kaunter pasaraya Coopmart, Kopitiam Lestari dan eShop COOPUSMA bermula 28 September 2020. Kini pembayaran boleh dilakukan dengan mudah menggunakan telefon pintar melalui penggunaan aplikasi Touch 'n Go eWallet yang boleh dimuat turun dari Apple App Store (pautan muat turun) & Google Play (pautan muat turun)