Jualan Insentif Harga Patut (JHP) Sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Asalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua Anggota Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA)
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada warga barisan hadapan (frontliner) yang bekerja untuk membantu menangani masalah wabak Covid-19. Jasa Doktor dan team adalah teramat besar bagi memulihkan negara kembali keadaan normal dalam masa yang terdekat.
Bagi memastikan bekalan barangan keperluan asas di rumah anda sentiasa mencukupi dengan mengalakkan social distance 1 Meter serta mengekalkan #stayathome atau #dudukdirumah. Pihak COOPUSMA menawarkan pakej insentif dengan harga istimewa (seperti lampiran)
CARA TEMPAHAN
Hubungi/WhatsAa\pp En Fauzi Zakaria (017-910 3906) di Pejabat taska Coopusma Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh (Jam 9 pagi hingga 4petang)- SABTU HINGGA KHAMIS
Dan di pasaraya COOPUSMA Kampus Kesihatan En. Takiyuddin Rosly (019-5475516) – (untuk pengambilan di pasaraya tempahan hendaklah dibuat awal)
CARA BAYARAN
Bayaran adalah secara kredit dengan konsep barang ambil dulu bayar kemudian. Bayaran akan dibuat secara potongan gaji dan anda hanya perlu tandatangan sahaja.
PROF. MADYA DR. HJ. MOHAMED SAAT BIN HJ. ISMAIL
Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad
#stayhome
#dudukdirumah