Breadcrumbs

wp_20131221_08_59_51_proSambutan Hari Keluarga Staf Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (KWUSMKB) telah diadakan pada 20 & 21 Disember 2013 bertempat di Sudara Beach Resort. Hari keluarga ini telah dihadiri oleh hampir kesemua tenaga kerja KWUSMKB. Para Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah turut sama-sama meluangkan untuk memeriahkan sambutan hari keluarga ini.

Antara aktiviti hari keluarga adalah acara perasmian hari keluarga, jamuan makan malam serta cabutan bertuah pada hari pertama. Selain itu, majlis kuliah selepas solat maghrib dan subuh turut diadakan sebagai santapan rohani para peserta.wp_20131220_21_20_11_pro

Manakala pada hari kedua, aktiviti sukaneka telah diadakan di mana staf koperasi beserta ALK telah dibahagikan kepada kumpulan Merah, Biru dan Kuning. Antara acara yang dipertandingkan iaitu lari dalam guni, bowling buah kelapa,meniup belon hingga pecah, menyambut belon berisi air dan lain-lain. Acara penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pengerusi KWUSMKB iaitu Prof Madya Dr Mohamed Saat Bin Ismail.

 

Sambutan hari keluarga ini diharapkan dapat menjadi platform untuk merapatkan lagi ukhwah di kalangan staf Koperasi dan juga ALK, selain dari turut bergembira. Ia juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada para staf koperasi untuk lebih bersemangat dan berdedikasi untuk menjalankan tugas dan amanat yang diberi. 

 wp_20131221_09_01_38_pro

 

wp_20131221_10_46_05_pro

Pautan

Pelawat

221531
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
166
217
1409
219701
3013
3604
221531

Your IP: 54.92.150.98
2018-06-24 22:41

Aktiviti

Sat Jun 30 @ 9:00AM - 12:30PM
Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-18

Video

Go to Top
Template by JoomlaShine