joomla social media module

header2017

coopmartpc329 Mac 2014, PENGKALAN CHEPA – Satu pelancaran telah dilangsungkan di Padang Tembak di mana Koperasi Warga USM Kelantan Berhad telah membuka satu lagi perniagaan Coop-Mart. Pembukaan kedai kedua ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Muhamad Sabri Wan Harun, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysian Negeri Kelantan.

coopmartpc1Program yang bermula pada jam 10 pagi dimulakan dengan ketibaan para jemputan serta Ahli Lembaga Koperasi (KWUSMKB) disusuli dengan Tuan Haji Wan Muhamad Sabri Wan Harun pada jam 11 pagi. Menyedari bahawa harga barangan harian telah naik dengan mendadak, Suruhanjaya Koperasi Malaysia bertekad untuk membantu golongan berpendapatan sederhana bagi membantu golongan tersebut dalam berbelanja barangan kegunaan harian.

coopmartpc2

Dalam ucapannya, Tuan Haji Wan Muhamad Sabri menjelaskan "namun tidak dinafikan sebahagian barangan dijual mengikut harga pasaran, manakala sebahagiannya boleh dipasarkan dengan potongan 20 hingga 30 peratus berbanding harga pasaran, misalnya air mineral yang biasa dijual RM1, namun disini ia dijual dengan harga 60 sen," katanya yang juga menasihatkan pengusaha memasarkan barangan dengan harga lebih rendah untuk menarik minat orang ramai untuk membeli di kedai koperasi.
Dalam ucapan lain, pengerusi KWUSMKB, Prof Madya Dr Mohamed Saat Ismail berkata, cawangan kedua koperasi ini yang juga kedai ke-26 di negeri Kelantan bakal memberikan manfaat kepada 2500 ahli dengan 

menyediakan pelbagai kemudahan kredit dan online.
Kedai ini juga menjalankan operasinya yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada jam 10 malam. 

coopmartpc5

Dengan kekuatan dua orang penolong pengurus beserta empat orang staf, Koperasi akan mendapatkan harga yang jauh lebih murah berbanding kedai runcit biasa di kawasan sekitar untuk menyenangkan hati penduduk serta memudahkan para ahli untuk membeli di kedai koperasi.

Pelawat

193794
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
136
181
597
192401
2745
3289
193794

Your IP: 54.196.127.107
2017-11-22 18:22

Aktiviti

No events

Video

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com
Copyright © 2017 Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.