joomla social media module

header2017

mock cheque28 Jun - Majlis perasmian Program Jom Jelajah Koperasi Kelantan Bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah diadakan pada 28 Jun 2014 bertempat di Hotel Koperasi Majlis Guru Ugama Menengah. Majlis yang telah dihadiri oleh wakil-wakil koperasi dari seluruh negeri Kelantan ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Nik Ali Bin Mat Yunus, Pengerusi Eksekutif SKM.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (KWUSMKB) iaitu Prof Madya Dr Mat Saat Bin Ismail telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi-pengerusi Koperasi Negeri Kelantan.

 

ucapan

Dalam majlis itu juga, Datuk Nik Ali telah turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada pihak KWUSMKB untuk tujuan aktiviti pembangunan koperasi tersebut. Pihak KWUSMKB amat berterima kasih kepada pihak Dato' dan SKM atas sumbangan yang sungguh bermakna ini yang akan membantu dalam memajukan lagi KWUSMKB.

Pelawat

193811
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
153
181
614
192401
2762
3289
193811

Your IP: 54.196.127.107
2017-11-22 18:26

Aktiviti

No events

Video

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com
Copyright © 2017 Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.