joomla social media module

header2017

Aktiviti Koperasi

Agenda: Lawatan ke Koperasi Warga USM Kelantan Berhad

Tarikh: 26 Jun 2014

Masa: 2.30ptg-5.00ptg

Lokasi Lawatan: Pusat Dialisis Lestari, ECCE, Anjung Cafe Coop USM

lawatanjjk

 

lawatankoopperlisPada 21 Jun 2014 (Sabtu) yang lepas, pihak Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (KWUSKB) telah menerima kunjungan dari Koperasi Perlis yang terdiri dari seramai 80 orang peserta. Turut serta dalam kunjungan itu ialah En Amran Bin Haji Abd Kadir, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Perlis. Satu sesi taklimat telah diadakan di Bilik Persidangan PPSK yang disampaikan oleh Pengerusi KWUSMKB iaitu Prof Madya Dr. Mat Saat Ismail.  Selepas taklimat tersebut, peserta rombongan telah dibawa melawat ke kedai Coopmart USM serta Pusat Hemodialisis Lestari di Pasir Tumboh. Dengan lawatan dari pihak Koperasi Perlis ini, diharapkan agar ukhwah serta usahasama yang kukuh akan dapat dijalinkan di antara KWUSMKB dengan pihak Koperasi Perlis pada masa akan datang.

 

coopmartpc329 Mac 2014, PENGKALAN CHEPA – Satu pelancaran telah dilangsungkan di Padang Tembak di mana Koperasi Warga USM Kelantan Berhad telah membuka satu lagi perniagaan Coop-Mart. Pembukaan kedai kedua ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Muhamad Sabri Wan Harun, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysian Negeri Kelantan.

Berita gembira buat semua Anggota Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (KWUSMKB)! 

KWUSMKB telah mengadakan Pembiayaan Peribadi untuk Belian Barang Kemas TANPA FAEDAH. Kaedah pembelian adalah seperti dinyatakan di bawah :

1. Pinjaman tidak melebihi RM3,000.00
2. Tempoh pembiayaan adalah selama 2 tahun/24 bulan (melalui potongan gaji)
3. Pemohon perlu mengisi borang yang telah disediakan
4. Sila sediakan slip gaji terkini yang telah disahkan
5. Kelulusan segera.

 
TENTATIF PROGRAM :

TARIKH : 02 MAC 2014(AHAD)

TEMPAT : BILIK MESYUARAT PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI & TEKNOLOGI (PPKT)

MASA   : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

wp_20131221_08_59_51_proSambutan Hari Keluarga Staf Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (KWUSMKB) telah diadakan pada 20 & 21 Disember 2013 bertempat di Sudara Beach Resort. Hari keluarga ini telah dihadiri oleh hampir kesemua tenaga kerja KWUSMKB. Para Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah turut sama-sama meluangkan untuk memeriahkan sambutan hari keluarga ini.

Antara aktiviti hari keluarga adalah acara perasmian hari keluarga, jamuan makan malam serta cabutan bertuah pada hari pertama. Selain itu, majlis kuliah selepas solat maghrib dan subuh turut diadakan sebagai santapan rohani para peserta.wp_20131220_21_20_11_pro

Manakala pada hari kedua, aktiviti sukaneka telah diadakan di mana staf koperasi beserta ALK telah dibahagikan kepada kumpulan Merah, Biru dan Kuning. Antara acara yang dipertandingkan iaitu lari dalam guni, bowling buah kelapa,meniup belon hingga pecah, menyambut belon berisi air dan lain-lain. Acara penyampaian hadiah telah dilakukan oleh Pengerusi KWUSMKB iaitu Prof Madya Dr Mohamed Saat Bin Ismail.

 

Sambutan hari keluarga ini diharapkan dapat menjadi platform untuk merapatkan lagi ukhwah di kalangan staf Koperasi dan juga ALK, selain dari turut bergembira. Ia juga diharapkan dapat memberi motivasi kepada para staf koperasi untuk lebih bersemangat dan berdedikasi untuk menjalankan tugas dan amanat yang diberi. 

 wp_20131221_09_01_38_pro

 

wp_20131221_10_46_05_pro

Pelawat

187278
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
164
99
315
186147
2977
2987
187278

Your IP: 107.22.118.242
2017-09-26 16:33

Aktiviti

No events

Video

JSN Epic template designed by JoomlaShine.com
Copyright © 2017 Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia Kelantan Berhad. All Rights Reserved.
Joomla! is Free Software released under the GNU General Public License.