Pusat Hemodialisis

Pusat Kelestarian Dialysis Sdn. Bhd (Subsidiari)

 

PUSAT KELESTARIAN DIALISIS ditubuhkan pada 14 April 2011 merupakan subsidiari milik Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (COOPUSMA) bagi menjalankan aktiviti berimpak tinggi COOPUSMA dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan perubatan dan merupakan Pusat Dialisis Koperasi yang pertama di Malaysia.

Bermula dengan 2 mesin, Pusat Dialisis Lestari yang dirasmikan oleh Menteri KPDNKK pada 3 Mac 2012, dan telah bertambah kepada 34 orang pesakit tetap dengan 6 buah mesin sehingga Disember 2017 dan kini Pusat Dialisis Lestari telah diperluaskan daripada satu Lot 8014 telah dipindahkan kepada tiga lot yang baru. Bilangan pesakit telah bertambah daripada 34 orang kepada 70 orang pesakit tetap dengan 12 buah mesin, Pusat Dialisis ini beroperasi setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 malam kecuali jumaat.

Penubuhan pusat dialisis ini dapat meringankan beban pesakit buah pinggang kronik yang tiada tempat untuk menjalani rawatan lantaran tempat yang terhad di pusat dialisis hospital kerajaan, HUSM serta pusat dialisis swasta lain di sekitar Kota Bharu.

Kedudukan pusat dialisis yang strategik menyumbang kepada pencapaian operasi yang maksima biarpun baru beroperasi setahun setengah.

Pusat ini dilesenkan sepenuhkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, telah dilantik sebagai Panel kepada Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, serta Panel kepada Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu Pusat Dialisis Lestari juga merupakan Panel Farmasi Runcit kepada ORATIS Sdn Bhd yang memberikan khidmat tambahan kepada pesara kerajaan yang layak.

Telefon: 09-7646227

 

Pusat Dialisis 2

 

 

Pusat Dialisis

 

 

 

 

 

 

 

 

  • Created on .
  • Last updated on .
  • Hits: 22756

Hubungi Kami


KOPERASI WARGA USM KELANTAN BERHAD (COOPUSMA)
Lot 8014, Tingkat 1,
Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh,
16150 Kota Bharu,
Kelantan, Malaysia.

Tel: 09-765 6224 
E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Penafian


Koperasi Warga USM Kelantan Berhad tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.