KELANTAN UNITED MEMILIH KLINIK LESTARI SEBAGAI KLINIK SUKAN PANEL
27 Jan 2020, Pasir Tumboh: Seramai 28 pemain Kelantan United telah menjalani pemeriksaan pra pertandingan bagi menghadapi Liga Premier sejak Sabtu lalu di sini.
Pasukan yang akan turut sama berentap dengan The Red Warriors dalam liga berkenaan itu memilih Klinik Lestari selaku klinik panel yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains perubatan.
Pemain telah diperiksa bagi mengenalpasti risiko penyakit, keadaan fizikal dan ujian ECG jantung.
“Kami berbangga dapat berkhidmat kepada pasukan Kelantan United,” ujar Mejar Dr Khairul Afnan Khalid (bersara) selaku doktor pasukan.
Menurut beliau, selain bola sepak, sukan-sukan lain juga boleh mendapatkan khidmat di klinik ini.
Klinik Lestari dilengkapi dengan ubatan bagi meningkatkan prestasi pemain, rawatan perubatan dan physio terapi.
Klinik ini, bernaung dibawah Koperasi Warga USM Kelantan Berhad (Coopusma) dipengerusikan oleh Prof Dr Mohamed Saat Bin Ismail, seorang yang pakar dibidang sains sukan.
“Pengerusi kami sedia dipanggil untuk memberikan konsultasi sains kesukanan kepada mana-mana organisasi," jelas Puan Ezatty Amanienna Binti Che Pa yang merupakan pengurus pentadbiran Klinik Lestari.
Bagi penjagaan selepas kecederaan, Klinik Lestari kini telah pun menjalin kerjasama dengan pakar Ortopedik dan Pakar Rehabilitasi Hospital Universiti Sains Malaysia.
Pesakit juga boleh mengikuti sesi fisioterapi dengan pihak klinik yang dilaksanakan dengan kerjasama ahli fisioterapi pasukan Kelantan United tambah beliau.
Disamping itu juga, klinik lestari juga telah bekerjasama dengan The Expert Gym, Pasir Tumboh bagi memastikan para atlet dan peminat sukan mendapat khidmat nasihat bersepadu secara berpakej pada harga eksklusif.
Peminat sukan Kelantan boleh menghubungi Klinik Lestari di talian 01110833026 untuk sebarang pertanyaan.



Air Minuman Lestari Osmosis
Air Minuman Osmosis Lestari COOPUSMA adalah hak milik 100% bumiputera dan di yakini bersih dan halal serta diiktiraf oleh MESTI. Kami sedia menerima tempahan untuk pelbagai majlis rasmi dan kami juga menyediakan label khas untuk majlis anda!
Jadi apa tunggu lagi? Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di talian seperti di atas.